Oktob-urgh

 Assalamualaikum dan hai.


Sekarang dah masuk bulan Oktober. Aku sendiri tak ada planning untuk bulan ni. Hee...πŸ˜ͺπŸ˜ͺ


So, apa yang aku buat belakangan ni adalah layan netflix, baca buku dan siapkan 'Degree Journal' aku. Agak hambar jugaklah hidup aku. 


NETFLIX

Antara drama yang aku baru layan :

  • Was It Love?
  • Hi Bye Mama
  • Girl from Nowhere
  • Hotel del Luna (ongoing)


Meanwhile, untuk movie pulak :
  • Enola Holmes (Best !)
  • My Stupid Boss 1 & 2

Korang ada cadangan cerita yang best? Boleh recommend dekat komen bawah.



BUKU

Sekarang ni aku sangat susah baca buku. Jujur aku malas. Sedangkan dulu aku memang suka baca buku. Dan satu buku aku boleh habiskan dalam satu hari. Atau setengah hari. 


Tapi hobi untuk membeli masih stuck dalam diri aku. Jadi sekarang aku ada banyak koleksi buku yang aku target untuk baca. Kena baca, kalau boleh. 


Sebab aku tahu kalau aku mula bekerja, mesti susah nak cari masa baca buku. 


Jadi... buat masa sekarang aku masih lagi ongoing baca buku 'Catatan Matluthfi' buat entah kali berapa. Aku pernah habis baca buku ini dan aku ulang baca sebab aku nak elakkan daripada baca buku yang buat aku bertambah stress. Hahaha.


Okay last.



JOURNAL

Akhirnya aku berjaya siapkan journal tiga tahun aku sepanjang belajar degree. Tiga tahun yang gila -- Deskripsi ringkas keseluruhan tiga tahun. 


Sebenarnya journal ni tak adalah siap seratus peratus. Aku boleh katakan siap 89%. Hahaha. Penat nak hias dalam journal ni.


Aku tak nak tunjuk isi dalam journal aku. 
Satu -- Sebab buruk. 
Kedua -- Aku banyak merepek.


Hahaha.


At last-- My dear journal kenangan tak berapa indah πŸ˜‚πŸ˜‚




Buat journal ni best. Tapi barai jugak otak nak men'design'





Sekian sahaja update daripada -- aku. 


Jadi kalau ada pembaca yang seperti aku -- menganggur. Boleh share apa yang korang buat. Mungkin ada yang buat bisnes dropship, join volunteer etc. Bolehlah kongsikan di bawah jugak.


Semoga kita berjaya kekalkan kewarasan kita dalam dunia yang semakin 'gila'.

Lulululz...


Comments

  1. Replies
    1. Hahaha... tak jugak. Cerita 'Girl From Nowhere' tu Thai drama. Ada jugak layan movie Thailand lain tapi lupa tajuk .. *Hehhehe*

      Delete
  2. kai ada share apa kai baca kat post terbaru! https://kyratulamira.blogspot.com/2020/10/life-updates.html

    taktau pulak enola holmes tu movie, ingatkan series ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, thanks!
      Cuba layan Enola Holmes. Best jugak cerita ni ! :)

      Delete
  3. Boleh tak nak mintak tutorial buat journal tu πŸ‘‰πŸΌπŸ‘ˆπŸ½. LH suka juga benda-benda macam ni tapi tak pandai nak mendesignnya haa. Btw, cuba baca entri LH ni, mungkin boleh membantu masalah mood membaca tu . https://inilampuhijau.blogspot.com/2020/10/my-view-of-web-review-z-library.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee... Tak pandai sangat nak buat tutorial. Tapi maybe nanti boleh share sneak peek sikit nanti.

      And thanks for sharing ! :)

      Delete
  4. hai2..jalan2 sini...Jom tengok Cuya design suprise box untuk blogger lain..

    ReplyDelete
  5. Waaa, rajin juga mengjournal atleast. So, di hari akan datang baca balik. akan tersenyum sendiri. Sis punya journal pun kosong tak tau nak tulis apa. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul..
      tak pe, slow2isi journal tu nanti penuh jugak

      Delete

Post a comment