Jom Buat Ujian Personaliti

 Assalamualaikum dan hai.


Jadi memandangkan malam ni agak bosan, aku terfikir nak retake ujian personaliti. Manalah tahu tiba-tiba bertukar time tahun baru? 😂😂


Kalau ada yang baru nak cuba boleh pergi ke website 16personalities.




Jadi klik sahaja link dekat atas dan akan keluar laman web yang dimaksudkan. Hanya beberapa minit sahaja masa yang diperlukan dan dah siap beserta analisis karakter.


By the way, jangan lupa untuk daftar. Jadi nanti cuma perlu login sahaja dan boleh check jenis personaliti yang korang ada. Ujian personaliti ini pun boleh di-retake dan sebaiknya dalam jarak enam bulan. 


Dekat dalam website ini akan analisis based on jenis personaliti. Penerangan yang diberikan pula dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti kelemahan dan kekuatan personaliti, perhubungan dan juga tentang kerjaya.


|

|


Okay.


Kalau nak dipendekkan cerita ada lebih kurang 16 jenis personaliti dan setiap personaliti ada kecenderungan karakternya yang tersendiri.


Contohnya aku sendiri merupakan seorang yang berkarakter ISTP-T.



Jadi ini ringkasan daripada karakter personaliti aku sendiri.



Yang rajah dekat atas ini pula menunjukkan tahap karakter personaliti aku daripada November 2020 hingga Januari 2021. 

Sebab inilah kenapa korang kena daftar untuk memudahkan korang track perubahan personaliti korang sendiri. Contohnya gambar jadual dekat bawah ini.



Oh. Nampaknya aku punya tahap introvert makin meningkat 😂


Jadi jangan lupa pergi ke 16personalities dan share dengan aku apa jenis personaliti yang korang ada.


Adios.

Comments

Post a comment